Nak tahu apa istimewanya resepi ni, jom.....
SPAGETI DENGAN THOUSAND ISLAND SOS
Bhn2nya
Minyak masak (utk menumis)
Bawang putih *
Cili giling
Cili benggala hijau*
Buah tomato*
Ayam/daging cincang (DK guna brand Ayamas)
Sos spageti (brand kimball-yg cendawan punya)
Air
Cendawan butang(tin- ayam brand)- dihiris
Pasta (San Remo)- direbus sehingga lembut dicampur dgn sedikit minyak masak supaya tdk melekat
* dipotong dadu
Utk hiasan
Daun ketumba
Thousand island sos salad Lady's choice
Cara2nya
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih yag telah dipotong dadu. Selepas kekuningan masukkan cili giling dan goreng sehingga pecah minyak.
2. Selepas itu masukkan ayam/daging cincang dan biarkan sehingga airnya kering.
3. Masukkan sos spageti cendawan Kimball dan air. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cendawan butang.
4. Setelah itu masukkan buah tomato dan cili benggala yg telah dipotong dadu tadi.
5. Setelah agak pekat bolehlah masukkan daun ketumba dan tadaaaa...... dah masak pn sos spageti.
Untuk pastanya pula hendaklah direbus dalam air mendidih dan diletakkan sedikit minyak masak supaya pasta tidak melekat.
*** Cara hidangan : masukkan pasta didalam mangkuk kuah sos spageti dan sos salad thousand island Lady's choice. Yummmyyyyyy........
Selamat mencuba..........
No comments:
Post a Comment