Tuesday 30 July 2013

BISKUT OREO BLACK BEAUTY



by: Citarasawan
rujukan : masam manis

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita/DK tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita/DK tak letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara ita/DK
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.(DK x buat cuma letakkn choc chip sebagai hiasan)

PUDING PELANGI

Salam &selamat sejahtera kawan-kawan, ni DK nak kongsi resepi utk puding pelangi. Ni juadah yang DK buat utk berbuka puasa tp tak sempat nk update. 1st time DK buat akhirnya menjadi, teringin sngt nk makan masa tu. Kepada penggemar puding bolehlah mencuba resepi dibawah......

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2/agar2 tali(DK gn agar2 tali)
650ml air
120gm gula pasir
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
1) Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

2) Pukul telur sebentar, kemudian masukkan susu, tepung custard & vanilla dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

3) Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih pastu blhla tutup api.

4) Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Letak serbuk koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan dan kacau hingga rata , 2 mangkuk lagi  letakkn pewarna kuning dan merah.

5) Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (DK gunakan bekas square 7 1/2 x 7 1/2inc) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).

6) Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir skali satu senduk adunan warna coklat. Ulangi sampai semua adunan habis.

7) Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras boleh ler makan.....

Selamat mencuba.....