Tuesday 5 November 2013

SPAGETI

Menu yg DK buat hujung minggu lepas. Mendapat sambutan yang hangat dari en hubby dan anak2. Terkejut jg DK sbb mereka bukanlah penggemar spageti. Hrmmm..... terliur lagi DK, resepi ni memang sedap. Resepi dari kawan DK, Nor terimakasih ye sbb berkongsi ilmu. Ni DK kongsikan pula pd semua. Sureee mesti ramai yg suka. 
 
Nak tahu apa istimewanya resepi ni, jom.....

SPAGETI DENGAN THOUSAND ISLAND SOS

Bhn2nya
Minyak masak (utk menumis)
Bawang putih *
Cili giling
Cili benggala hijau*
Buah tomato*
Ayam/daging cincang (DK guna brand Ayamas)
Sos spageti (brand kimball-yg cendawan punya)
Air
Cendawan butang(tin- ayam brand)- dihiris 
Pasta (San Remo)- direbus sehingga lembut dicampur dgn sedikit minyak masak supaya tdk melekat

* dipotong dadu

Utk hiasan
Daun ketumba
Thousand island sos salad Lady's choice

Cara2nya

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih yag telah dipotong dadu. Selepas kekuningan masukkan cili giling dan goreng sehingga pecah minyak.
2. Selepas itu masukkan ayam/daging cincang dan biarkan sehingga airnya kering.
3. Masukkan sos spageti cendawan Kimball dan air. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cendawan butang.
4. Setelah itu masukkan buah tomato dan cili benggala yg telah dipotong dadu tadi.
5. Setelah agak pekat bolehlah masukkan daun ketumba dan tadaaaa...... dah masak pn sos spageti.

Untuk pastanya pula hendaklah direbus dalam air mendidih dan diletakkan sedikit minyak masak supaya pasta tidak melekat.

*** Cara hidangan : masukkan pasta didalam mangkuk kuah sos spageti dan sos salad thousand island Lady's choice. Yummmyyyyyy........

Selamat mencuba..........

PANDAN LAYER CAKE

9" Pandan layer kek.....

COKLAT HANTARAN

Repeat order dari kawan DK, Maniza utk hantaran pertunangan. 35 cav coklat pralin+text. Tema peach+gold. Terima kasih bebnyk..

COKLAT KEK GANACHE

Ini juga order dari officemate DK, Ina. Birthday kek coklat ganache degan fresh fruit. Terima kasih...

BIRTHDAY KEK

8" birthday kek. Moist coklat kek+fresh cream deco+sugar image. Order dari officemate DK, Nor utk anak buahnya. Terima kasih....

CHOC CAKE GANACHE

10" birthday kek coklat ganache order dari kakak DK utk anak2.... Moist coklat kek didalam dengan choc ganache dan dihias dengan fresh fruits. TQVM

BIRTHDAY KEK


10" birthday kek tempahan dari kak Zie. Moist coklat kek didalam disaluti dengan fresh cream dan dihias dengan buah2an segar. Terima kasih ye....

TIRAMISU....


Tempahan diterima dari kawan lama sekolah DK dulu. Terima kasih sudi order dari DK.